"Barang siapa membaca ayat-ayat 29 dan 30, nescaya Allah akan memberkati perniagaannya."
Selain
mengamalkan dan membaca Ayat 1000 Dinar. Bagi yang menceburi bidang
perniagaan tak kira online bisnes, offline, direct selling atau
perniagaan restoran makanan. Eloklah mengamalkan ayat-ayat dari Surah
Faathir, ayat 29 dan 30. Makna pada terjemahannya cukup baik dan indah
sekali.
Tidak
payah lagi mencari pelaris yang belum pasti kebenarannya dan tidak
bercampur aduk dengan sihir. Takut-takut disebabkan pelaris itu. Aqidah
kita boleh terpesong. Yang melariskan adalah kehendakNya dengan daya
usaha sendiri yang diberkati oleh Allah SWT. Minta dan mohon kepadaNya
dengan membaca ayat-ayat tersebut.
Ayat 29
Sesungguhnya
orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan tetap mendirikan
sembahyang serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka,
secara bersembunyi atau secara terbuka, mereka (dengan amalan yang
demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami
kerugian;
Ayat 30
Supaya
Allah menyempurnakan pahala mereka dan menambahi mereka dari limpah
kurniaNya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi sentiasa membalas
dengan sebaik-baiknya (akan orang-orang yang bersyukur kepadaNya).
Ramai
orang Melayu cuma mengamalkan doa-doa pelaris beserta ayat-ayat suci
Al-quran hanya ketika melakukan perniagan mereka sahaja, tetapi
amalan-amalan wajib lain ditinggalkan. Bagaimana nak maju dalam
perniagaan jikalau macam ni! Jadi jangan tinggalkan yang wajib untuk
mendapatkan rahmatNya.
Wasallam.
SUMBER