Bilangan mereka tidak ramai. Hanya beberapa juta sahaja di dalam dunia.
Sejak zaman-berzaman, mereka sering dicemuh, diperangi dan dipulaukan kerana perangai dan tingkah laku mereka.
Namun, itu tidak menjadikan mereka tercicir dalam kelompok hidup manusia
lain. Malah, mereka sendiri yang menguasai orang lain. Daripada
filem-filem blockbuster Hollywood, politik dunia hingga ke sistem
perbankan dunia, semuanya adalah kepunyaan mereka.
Bagaimana mereka melakukannya? Apa yang bagus sangat dengan Yahudi ini? Kenapa Allah berikan semua keistimewaan kepada Yahudi?
Sebelum anda membuat pelbagai andaian dan sentimen kebencian terhadap
Yahudi, anda perlu tahu yang rahsia orang Yahudi ini sebenarnya ada pada
kita, namun akibat mainan media dan penipuan orang Yahudi, kita alpa
dan mengabaikan rahsia ini.
Anda nak tahu apakah rahsianya? Nak tahu bagaimana nak membentuk anak
yang bijak dan beriman? Ia bermula sebelum pertemuan di antara si ibu
dan si ayah lagi.
1. Ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi.
Lazimnya orang Yahudi mementingkan keturunan kerana mereka tahu bahawa
jika si ibu dan si bapa adalah bijak pandai, maka anak-anak mereka pun
begitu juga. Suku kaum Ashkenazi Yahudi yang tinggal di Eropah Timur
pada zaman dahulu amat memilih siapa bakal menantu kepada anaknya untuk
memastikan keturunannya adalah bijak dan mempunyai I.Q yang tinggi.
Terdapat satu ungkapan di dalam kitab Talmud yang mengatakan ‘Seorang
lelaki patut menjual seluruh hartanya supaya dia dapat berkahwin dengan
anak perempuan seorang alim, sama juga jika mahu mengahwinkan anak
perempuannya dengan seorang alim’. Ini menunjukkan bahawa orang Yahudi amat memandang tinggi golongan bijak pandai di kalangan mereka.
Pada zaman Rasulullah S.A.W sekalipun, kita mengetahui bahawa sebilangan
golongan Yahudi yang tinggal di Madinah adalah golongan ahli agama yang
bijak, atau lebih dikenali sebagai Ahli Kitab. Sebab itulah banyak
surah-surah di dalam al-Quran yang banyak ditujukan kepada golongan Ahli
Kitab ini kerana mereka sememangnya faham tentang ilmu bahasa dan
kesusasteraan.
Apa yang anda boleh pelajari?
Apa yang anda wariskan kepada anak anda adalah hasil daripada apa yang
anda selalu lakukan. Jika anda seorang usahawan yang gigih bekerja,
lambat laun anak anak mungkin akan mengikuti jejak langkah anda hasil
dari tarbiyah dan pemerhatian. Jika anda seorang guru yang berkaliber,
tidak mustahil anak juga akan menjadi guru juga.
Walaupun faktor genetik memainkan peranan penting terhadap perkembangan intelek anak, namun faktor persekitaran juga mempengaruhi ‘apa yang anak anda akan jadi’ nanti.
2. Ini yang mereka buat bila si ibu mengandung…
Jangan terkejut jika anda melihat keadaan ini apabila si ibu sedang hamil. Menurut Dr Stephen Carr Leon yang
membuat pengamatan ini semasa beliau berada di Israel, mendapati si ibu
akan menyanyi dan bermain piano manakala si bapa pula akan menghadap
buku matematik bersama-sama dengan si ibu menyelesaikan masalah
matematik yang rumit!
Rasional kepada kecenderungan ini adalah orang Yahudi mahukan anak-anak
mereka menjadi genius samada di dalam akademik, muzik dan sebagainya.
Hobi secara tiba-tiba si ibu dan bapa ini akan merangsang sel-sel otak
bayi untuk menerima saranan yang diingini oleh ibu dan bapa.
Walaupun terdapat perselisihan pendapat tentang kesan muzik yang boleh meningkatkan IQ bayi di dalam kandungan, muzik klasikal boleh memberikan kesan positif terhadap perkembangan awal bayi.
Saintis terkenal, Albert Einstein datang dari keluarga yang meminati
sains. Ibu dan ayahnya sering memberikannya buku-buku sains ketika
beliau masih kecil.
Sememangnya, orang-orang Yahudi tahu kesan pendidikan awal terhadap anak-anak mereka, walaupun masih dalam rahim ibu lagi.
Apa yang anda boleh pelajari?
Anda tidak perlu meletakkan headfon pada perut anda supaya bayi di dalam
kandungan anda. Cukup hanya dengan membaca al-Quran sekurang-kurangnya
seusai solat fardhu boleh memberikan kesan yang baik untuk perkembangan
otak dan rohani bayi.
Baca surah-surah seperti Surah al-Fatihah, Surah At-Taubah, Surah Yusuf,
Surah Maryam, Surah Luqman, Surah Yaasin, Surah An-Nahl dan doa-doa
daripada Rasulullah S.A.W. untuk kebaikan anda dan bayi di dalam kandungan serta mendapat perlindungan dan pahala daripada Allah S.W.T
Jika anda inginkan anak yang genius, cuba pelajari sesuatu yang baru
seperti belajar bermain Sudoku, permainan silang kata atau apa sahaja
permainan yang memerlukan kemahiran berfikir dan penaakulan. Kalau tidak
minat sekalipun, sekurang-kurangnya anda lakukan sesuatu yang
bermanfaat dan positif kerana ia akan mempengaruhi anak anda nanti.
3. Jaga pemakanan
Makanan yang masuk ke dalam perut bukan hanya untuk mengenyangkan, tapi
untuk membentuk tubuh badan yang sihat dan cerdas. Orang-orang Yahudi
mengambil berat hal ini sejak anak-anak masih kecil lagi. Mereka tahu
bahawa untuk menjadikan anak-anak mereka bijak dan cergas, sel-sel otak
perlu sering berhubung dan cekap.
Pemilihan menu semasa makan juga dijaga. Ikan tidak akan dihidang
bersama dengan daging kerana menurut mereka, makanan laut dan makanan
darat tidak boleh dimakan bersama kerana ia boleh memudaratkan
kesihatan. Buah-buahan juga tidak dimakan selepas makan hidangan utama,
tetapi dimakan sebelum itu.
Untuk anak-anak yang bersekolah, mereka akan memberikan pil minyak ikan, kacang badam dan madu.
Apa yang anda boleh pelajari?
Tidak dapat dinafikan, orang Yahudi memang sudah mengamalkan apa yang
telah dianjurkan oleh Rasulullah S.A.W 1400 tahun yang lalu. Mungkin
mereka tahu tetapi tidak mahu orang Islam tahu.
Makanan-makanan sunnah seperti madu, kismis, buah delima, kurma,
habbatus sauda dan buah zaitun memang ada khasiat dan keberkatannya.
Sekarang ramai usahawan Muslim yang mengeluarkan produk-produk ini. Ada
yang dipakej dalam bentuk makanan danminuman. Sokonglah mereka.
Anak-anak sememangnya memerlukan makanan-makanan baik. Jadi, jangan
biarkan perut mereka diisi dengan makanan yang tidak berkhasiat,
mengandungi karbonat yang tinggi, banyak asid, pewarna tiruan dan lemak
yang tidak menyihatkan.
4. Sains, matematik dan perniagaan
Matapelajaran Matematik dan perniagaan diberikan perhatian utama. Bagi
anak-anak yang belajar di sekolah rendah, mereka akan didedahkan dengan
aspek pengiraan sejak kecil lagi. Dibantu dengan pemakanan yang sihat
dan aktiviti kurikulum seperti memanah, dan menembak, ia tidak menjadi
masalah kepada anak-anak orang Yahudi mempunyai minda yang tajam dan
boleh mencapai IQ yang tinggi dalam masa yang singkat.
Semasa berada di sekolah tinggi, pelajar-pelajar akan digalakkan untuk
terlibat di dalam sains dan rekacipta. Sekolah mewajibkan setiap pelajar
untuk menghasilkan satu produk yang boleh memperbaiki kehidupan
orang-orang Yahudi. Jika mereka berjaya dan menghasilkan ciptaan yang
berpotensi tinggi, idea tersebut akan dibawa ke institusi yang lebih
tinggi iaitu universiti.
Di universiti pula, perniagaan dipandang serius terutama pelajar di
dalam jurusan perniagaan. Kerja kursus yang diberikan mungkin agak sama
seperti universiti-universiti lain di dunia – buat satu perniagaan dan
hasilkan keuntungan.
Tapi yang hebatnya adalah pelajar hanya akan diberi lulus sekiranya
kumpulan projek itu dapat membuat keuntungan sebanyak 1 juta dolar! Agak
memeranjatkan bagi kita tetapi bagi mereka, ia adalah perkara biasa.
Tidak mustahil ekonomi dunia ini dipegang oleh mereka.
Apa yang anda boleh pelajari?
Anak anda belajar di sekolah yang sama dengan rakan-rakan sebayanya,
dengan matapelajaran yang sama, dengan guru yang sama. Namun, tahap
intelek berbeza-beza.
Anda mungkin tidak boleh mengubah corak pendidikan negara tetapi anda
boleh mengubah cara anda memberikan pendidikan kepada anak anda semasa
berada di rumah.
Dedahkan anak-anak dengan membaca buku seawal usia yang mungkin. Ajar
mereka tentang asas-asas agama, al-Quran dan adab. Ikuti saranan Nabi
S.A.W untuk mendidik anak:
“Ajarkan
anak-anak kamu solat ketika mereka masuk usia tujuh tahun. Pukullah
mereka sekiranya mereka melalaikan solat apabila mereka berusia 10 tahun
dan pisahkan tempat tidur mereka.” (Hadis Riwayat Ahmad dan Abu Daud)
Cungkil bakat dan kebolehan anak samada di dalam bidang akademik atau
sukan. Beri sokongan dan galakan. Sudah pasti anak-anak mempunyai kecerdasan tertentu.
5. Rohani juga perlu dijaga
Walaupun ada di kalangan orang Yahudi yang berfahaman sekular dan tidak
mementingkan agama, namun ada di kalangan mereka yang masih berpegang
dengan ajaran agama.
Orang Yahudi Ortodok masih mengekalkan adat resam dan peraturan agama
Judaism yang dianuti. Mereka berpendapat bahawa agama penting di dalam
kehidupan dan dengan menjalankan ibadah, seseorang dapat mengubah
dirinya.
Anak-anak dididik dengan pendidikan agama supaya mereka mampu menjadi orang Yahudi yang berguna kepada bangsanya nanti.
Apa yang anda boleh pelajari?
Pendidikan agama sememangnya penting untuk anak-anak. Dengan keadaan
zaman yang penuh pancaroba ini, hanya kekuatan rohani sahaja yang mampu
menangkis segala macam fitnah dan cubaan dunia.
Dekatkan anak-anak dengan al-Quran. Latih mereka supaya mereka boleh membaca al-Quran, memahami maknanya dan menghafalnya.
Jika anda tidak dapat menghantar anak anda ke sekolah pondok, cukup
sahaja dengan didikan dan pengawasan anda. Anda boleh membentuk sahsiah
dan keperibadian anak anda jika anda melakukannya ketika mereka masih
kecil.
Inilah resepi mendapatkan anak yang bijak dan soleh. Jika bermanfaat,
tekan butang share di bawah agar lebih ramai ummat islam dapat membaca
rahsia ini. SHARE!