WELCOME

Tuesday, January 08, 2008

ANTARA KUALITI DAN KUANTITI

Ramai yang bertanya kenapa harga pakej 2008 agak mahal ??? Mereka cuba membandingkan dengan yang lain. Kami cuba mengulas secara ringkas. Untuk pakej 2008 kami telah melakukan perubahan dari segi back ground design agar lebih menonjol dan segar.

Dari aspek kualiti paparan signboard juga amat ketara kualitinya. Kami telah meningkatkan DPI kualiti print out. Maka imej yang terhasil lebih menarik dan hidup.

Kami juga telah menggunakan epoxy powder coating terhadap struktur utama agar tidak berkarat dan bukan cat biasa yang akan berkarat dan tertanggal bila dipegang.

Kanister isian powder pula dengan berpelekat penuh serta bertanda isiannya dan kedap udara. Bukan bekas murah yang boleh didapati di mana-mana. Banyak lagi nak cerita tapi segan lak di kata kamu tu kualiti sangat ke???hehe...

Jadi jika anda utamakan kualiti anda perlu menilai balik pertanyaan anda itu. Tetapi jika sebaliknya berlaku kami serahkan kepada anda untuk membuat keputusan. Penawaran harga antara mahal dan murah adalah perkara yang subjektif dan selektif. Usah di kaburi dengan tawaran murah jika kualiti yang anda mahukan. Nampak Sama tapi Kualiti Berbeza. "GOOD THING NO CHEAP".